Sejarah Silat Cekak Di Bumi Sabah

edit

Silat Cekak telah bertapak di Negeri Sabah pada akhir tahun 1993, atas daya usaha En. Awang Masri Bin Kefli yang telah mempelajari silat ini di UTM Skudai Johor pada tahun 1989 dan dengan bantuan Cikgu Zakaria Bin Mat.

Pada peringkat awal, Silat Cekak Sabah telah digerakkan melalui Persatuan Belia Muhibbah Petagas dan pengambilan ahli baru yang pertama telah diadakan pada bulan Februari 1994. Kelas awal silat ini bermula di Tenom dan Petagas.

Pada 25 Oktober 1994, Silat Cekak di Sabah telah digerakkan melalui Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia Cawangan Sabah. Kini, Silat Cekak Sabah telah digerakkan pula melalui Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah yang telah didaftarkan pendaftarannya pada 8 Julai 2008 dengan nombor pendaftaran 1183-08-SBH.

Pada awal tahun 2012, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah telah berdaftar sebagai ahli gabungan Badan Induk Silat Cekak Pusaka Hanafi Kebangsaan iaitu Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, yang dipimpin oleh anakanda ke-empat Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad iaitu YM Syeikh Dr. Haji Md Radzi Bin Haji Hanafi, selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak.

Purata pengambilan ahli baru seluruh Negeri Sabah ialah sekitar 1000 hingga 1500 orang setiap tahun dengan kekerapan pengambilan sehingga 4 kali setahun.


Kejohanan Wajadiri 2014

edit

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat IPT dan Sekolah merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak tahun 1996 dan pada tahun 2014 (Kejohanan Kali Ke-19), Negeri Sabah telah terpilih sebagai tuan rumah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 (1994-2014) Silat Cekak Pusaka Hanafi Sabah.

Kejohanan ini merupakan salah satu daripada lima program utama Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Silat Cekak Pusaka Hanafi Sabah yang telah dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin pada Majlis Makan Malam Amal Silat Cekak Pusaka Hanafi 2013 bertempat di Maggelan Sutera, Sutera Harbour, Kota Kinabalu Sabah pada 26 Oktober 2013.

Berdasarkan rekod penyertaan dan kehadiran atlit IPT dan Sekolah ke Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Pusaka Hanafi di Negeri Sembilan (April 2012) termasuk penonton ialah sekitar 2500 orang dan di Kelantan (Jun 2013) termasuk penonton ialah sekitar 1800 orang dan di Sabah pihak penganjur mensasarkan seramai 2000 penyertaan dengan bilangan 100 kontinjen (20 atlit setiap kontinjen). Jemputan keseluruhan ialah sebanyak 157 kontinjen iaitu 79 kontinjen IPT dan 78 kontinjen Sekolah termasuk jemputan antarabangsa. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan / Kelab Silat Cekak Pusaka Hanafi di Peringkat Institut Pengajian Tinggi dan Sekolah seluruh negara dan antarabangsa. Dianggarkan penyertaan sekitar 100 kontinjen (20 orang / kontinjen) iaitu seramai 2000 orang. Jumlah ini tidak termasuk Juri, Penyokong dan Penonton sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Bymicol, you are invited to the Teahouse!

edit
 

Hi Bymicol! Thanks for contributing to Wikipedia. Be our guest at the Teahouse! The Teahouse is a friendly space where new editors can ask questions about contributing to Wikipedia and get help from peers and experienced editors. I hope to see you there! Dathus (I'm a Teahouse host)

This message was delivered automatically by your robot friend, HostBot (talk) 17:23, 26 November 2015 (UTC)Reply