Perwakilan Wanita Umno Kedah Halidah Putih merayu kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengembalikan "peluang dan kedudukan di tempat yang sewajarnya" kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, selepas pilihan raya umum akan datang.
Katanya, rayuan itu dibuat kerana pergerakan itu "sayang" ketua Wanita Umno itu yang menurutnya, cukup gigih memajukan sayap utama parti itu dan kaum wanita.
"Saya merayu kepada Datuk Seri Najib... Datuk Seri, kami sayang ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia. Tolong kembalikan, Datuk Seri (Najib)... ketua kami di mana yang sewajarnya.
"Beliau berjuang tidak mengira waktu, masa. Tak kira apa jawatan pun... Waima (beliau) tidak ada jawatan pun, maka Datuk Seri Shahrizat seorang yang cukup gigih.
Dipetik dari Malaysiakini