Lotfi Amer bin Abd Hamid, dilahirkan pada 9 Ogos 1963, di negeri Perak, Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai tutor di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, dan kemudian berkhidmat sebagai Jurutera disalah sebuah Syarikat Komputer Mainframe yang berpangkalan di USA pada hujung tahun 1980an. Seterusnya pada tahun 1990 beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam dan ditempatkan di Jabatan Percetakan Negara, Kuala Lumpur. Berikutan Jabatan Percetakan Negara yang diperbadankan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) pada tahun 1993, beliau menyambung perkhidmatan sebagai Pengurus Cawangan PNMB, di Ipoh selama 4 tahun. Pada tahun 1997, beliau melanjutkan pengajian di Southern Alberta Institute of Technology (SAIT), di Calgary, Canada.